BENCANA ALAM
Sedar x sedar dah setahun peristiwa itu berlaku. 07 Ogos 2010, kira-kira jam 06.50 pagi, kami semua digemparkan dengan 1 gegaran kuat seakan-akan gempa bumi. Didapati dahan dari sebatang Pokok Pulai yang berusia 100 tahun lebih yang berada dalam kawasan perkuburan taman yang aku sewa telah tumbang lalu menimpa 3 buah rumah (termasuk rumah sewa aku). Kejadian itu berlaku semasa angin kuat yang berpusar-pusar dan hujan lebat. Peristiwa ini menyebabkan rumah yang terlibat mengalami kerosakan yang teruk di mana bumbung dan syiling rumah runtuh serta air hujan memenuhi segenap ruang rumah. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Dan apa yang pasti setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun agak mengerikan tapi melalui pengalaman ini hubungan kami sesama jiran semakin erat dan membuka mata pelbagai pihak kerana usul untuk menebang pokok itu telah lama disuarakan oleh Persatuan Penduduk kepada pihak yang berkenaan namun tiada sebarang tindakan yang diambil sehinggalah pokok itu tumbang dengan sendirinya.
~ :: Alhamdulillah, dapat banyak gak sumbangan dari pelbagai pihak. Thanks yer.. Dalam Pahit Ada Manisnya...





